Skip to main content

Sukan Asia

Wusyu: Cheong Min bawa pulang pengalaman berharga

tan-cheong-min.jpg
Tan Cheong Min tidak dapat mengawal kekecewaan apabila terlepas podium Sukan Asia Indonesia dengan mengumpul 19.15 mata di  Pusat Pameran Antarabangsa Jakarta, hari ini. 

Selepas atlet wusyu wanita itu menempatkan diri di kedudukan kedua dalam acara nanquan, pendaratan kurang kemas dalam acara nandao hari ini menyaksikan harapannya untuk meraih podium serta mendapatkan hadiah terbaik sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-20 berkecai.

"Pengalaman saya tidak cukup.

"Semasa memanaskan badan, semuanya berjalan lancar tetapi apabila masuk ke gelanggang, saya tidak menyangka kesilapan akan berlaku.

"Selepas kesilapan itu, saya hanya fokus kepada persembahan sahaja.

"Apapun, beraksi pertama kali dalam Sukan Asia ini, saya berpuas hati dapat meraih keputusan seperti ini," katanya. 

Dalam temasya Incheon 2014, Malaysia meraih emas menerusi Tai Cheau Xuen, namun pingat jaguh nandao-nanquan itu ditarik balik kerana positif doping. 

Cheau Xuen kemudian bersara susulan siri kecederaan.

"Saya ingin berterima kasih kepada Cheau Xuen, Majlis Sukan Negara (MSN) Institut Sukan Negara (ISN) dan rakyat Malaysia atas sokongan yang diberikan," ujarnya. 

Advertisement

Must Watch Video