Pengajaran berguna diraih oleh jaguh wushu negara, Yeap Wai Kin dan Wong Weng Son, apabila menyaksikan kesilapan kecil yang dilakukan memusnahkan impian untuk menyumbang pingat sulung kontinjen Malaysia dalam Sukan Asia, hari ini.
Impian untuk menyumbang pingat sulung buat Malaysia tidak kesampaian walaupun Wai Kin turun selaku pemenang gangsa Kejohanan Asia sebelum ini selepas sekadar menduduki tangga ketujuh menerusi kutipan 9.63 mata.
"Jurulatih mengingatkan saya bahawa markah pada hari ini bergantung kepada juri serta prestasi saya.
"Bagi saya, persembahan hari ini berada di bawah kawalan saya, jadi segalanya cuba dilakukan sama seperti sesi latihan. Saya berpuas hati," kata Wai Kin.
Wai Kin muncul atlet pertama negara yang menamatkan cabaran dalam Sukan Asia sambil harapan yang disandarkan kepada Weng Son juga musnah.
Juara dunia kategori jianshu itu melakukan kesilapan kecil yang dikesan juri, sekali gus terpaksa berpuas hati di tangga kelapan dengan 9.59 mata.
"Persekitaran di sini memang baik, sama seperti ketika sesi pemanas badan.
"Insiden tolak markah adalah hasil daripada kesilapan yang harus saya perbaiki selepas ini," ujar Weng Son.