Skip to main content

Sukan SEA

Wushu pertaruh atlet senior di Filipina

wushu.jpg
Skuad wushu negara mempertaruhkan pengalaman atlet senior dalam Sukan SEA Filipina akhir tahun ini, selepas mengakhiri sesi pemilihan Ahad lalu.

Terdahulu, atlet wushu negara fokus untuk meraih keyakinan barisan jurulatih dalam sesi pemilihan bagi menempah slot ke Kejohanan Dunia dan Sukan SEA hujung tahun ini.

Empat atlet lelaki dan empat atlet wanita telah dipilih ke Kejohanan Wushu Dunia 2019 di Shanghai dari 20 hingga 23 Oktober depan manakala hanya empat atlet lelaki senior dan satu wanita yang bakal beraksi di Filipina.

"Untuk Sukan SEA kali ini, skuad wushu akan menurunkan atlet senior bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan," kata ketua jurulatih skuad wushu negara, Lim Yew Fai.

Katanya, walaupun kelibat jurulatih teknikal kebangsaan yang baru, Mao Ya Qi dari China masih tidak kelihatan, ia tidak mengganggu persiapan atlet untuk kekal fokus dan berada di tahap terbaik dalam dua kejohanan itu nanti.

"Perkara paling penting apabila tibanya Ya Qi nanti, dia dapat membantu meningkatkan lagi aspek teknikal atlet negara," ujarnya.

Skuad negara dilanda kemelut apabila kebanyakan atlet kebangsaan yang bergelar juara dunia tidak dapat bertanding dalam temasya dwitahunan di Filipina itu ekoran tuan rumah tidak menyenaraikan acara mereka.
 

Advertisement

Must Watch Video