Skuad wushu negara membariskan sembilan atlet terbaik bagi menggalas cabaran dalam Sukan SEA 2019 di Filipina, November depan.
Ini merupakan penyertaan terkecil skuad negara dalam acara wushu di pentas dwitahunan itu selepas menampilkan 20 atlet dalam edisi lalu di Kuala Lumpur pada 2017.
Presiden Persekutuan Wushu Malaysia, Datuk Chong Kim Fatt, berkata mereka yang tersenarai terdiri daripada lapan atlet lelaki dan seorang atlet wanita, masing-masing dalam disiplin sanda dan taolu.
Walaupun sukar untuk menetapkan sasaran pingat memandangkan empat juara dunia negara tidak disenaraikan, skuad negara tetap akan cuba menghadiahkan pingat, katanya hari ini.
Mereka yang tersenarai adalah Teh Chee Chong, Lee Wei Loong, Kelvin Teng Kai Wen dan Chong Jian Hwa dalam disiplin sanda sementara juara dunia 2016, Wong Weng Son, Yeap Wai Kin, Loh Choon How, Calvin Lee Wai Leong dan Sydney Chin Sy Xuan (wanita) dalam disiplin taolu.
Menurut Chong, skuad negara ketika ini mendapat sentuhan bekas juara dunia, Mao Ya Qi, bagi memantapkan persiapan daripada segi teknikal sebelum menyertai Kejohanan Dunia 2019 di Shanghai, China, dari 20 hingga 23 Oktober depan sebelum ke Sukan SEA.
Untuk rekod, dalam edisi 2017 di Kuala Lumpur, Malaysia meraih enam daripada 17 pingat emas yang ditawarkan dalam acara wushu.
Sukan SEA 2019 Filipina akan berlangsung dari 30 November hingga 11 Disember.
-- BERNAMA