Jurulatih wushu negara, Lim Yew Fai, menganggap semua kondisi melibatkan atlet dan venue pertandingan sebagai cukup sempurna ketika melewati latihan kali pertama di venue pertandingan sukan wushu di Jiexpo Kemayoran, hari ini.
"Setakat ini, atlet kita semuanya bersedia kerana kami datang awal, tiga hari sebelum pertandingan.
"Kini, mereka dalam keadaan selesa dan ketika hari pertama latihan hari ini, mereka dalam keadaan baik.
"Kami masih ada dua hari untuk berlatih dan saya berharap mereka menikmati tempoh latihan ini sehingga pertandingan.
"Saya sangat gembira melihat venue pertandingan. Ia disediakan tiga karpet untuk atlet memanaskan badan," katanya.
Ditanya mengenai potensi pingat, Yew Fai hanya berkata: "Saya berharap atlet kita boleh melakukan persembahan terbaik dalam rutin masing-masing dan sudah tentu keputusan akan hadir."