Kesilapan kecil yang dilakukan terpaksa ditanggung atlet wushu negara, Tan Cheong Min, setelah terlepas peluang untuk menghadiahkan diri sendiri dengan kilauan pingat di pentas Sukan Asia 2018 di Pusat Pameran Antarabangsa Jakarta, hari ini.
Tarikh 20 Ogos 2018 merupakan ulangtahun kelahiran Cheong Min yang ke-20 dan dia memasang hajat untuk menjadikan detik itu lebih bermakna dengan menghadirkan kilauan pingat buat Malaysia.
Bagaimanapun, Cheong Min gagal melakukan pendaratan dengan kemas ketika membuat lompatan dalam acara nandao sehingga menyebabkannya sekadar meraih 9.44 mata.
"Apa yang boleh saya katakan, saya kekurangan pengalaman kerana ini kali pertama beraksi dalam Sukan Asia. Selepas ini, saya akan lebih fokus ketika latihan," katanya.
"Walaupun tidak meraih pingat, saya berpuas hati dengan aksi di sini. Saya berasa sangat bangga.
"Selepas masuk ke gelanggang, saya memberitahu diri sendiri agar hanya tampil dengan aksi seperti biasa.
"Terima kasih kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan hadir ke sini," tambahnya.
Kesilapan kecil yang dilakukan itu meletakkan Cheong Min di kedudukan keempat keseluruhan bagi acara nanquan/nandao dengan kutipan 19.15 mata, sekali gus terlepas peluang untuk mengutip pingat.
Wakil China, Lu Tang, meneruskan aksi konsisten untuk mengutip emas menerusi catatan 19.49 mata.