Atlet wushu negara, Wong Weng Son, dapat berasakan aura istimewa sebaik menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dengan harapan kenangan manis 2015 mampu berulang lagi.
Tiga tahun lalu, atlet ini berjaya meraih dua perak dan satu gangsa bagi acara kegemarannya dalam Kejohanan Wushu Dunia yang berlangsung di Jakarta.
Sebaik Weng Son menjejakkan kaki di Jakarta hari ini, aura positif amat dirasainya dan itu menambahkan lagi keyakinan untuk dia beraksi cemerlang dalam penampilan kali pertamanya dalam Sukan Asia.
"Saya memiliki kenangan manis beraksi di sini, jadi saya mahu mengulangi kejayaan dalam Sukan Asia," katanya.
Tambah Weng Son, walaupun saingan di peringkat Asia amat sukar menerusi kehadiran China yang memiliki ramai jaguh dunia, dia tetap yakin ada ruang lebih baik untuknya dalam temasya kali ini.
Dia menaruh harapan tinggi muncul penyumbang pingat buat negara, terutama bagi acara changquan, yang belum ada mana-mana atlet negara meraih sebarang pingat bagi kategori ini dalam edisi terdahulu.
"Kami telah mengenal pasti kelemahan dalam sesi latihan dan memberikan tumpuan yang lebih sebelum menghadapi Sukan Asia."