Skip to main content

Universiade

WUG: Tiada perkampungan atlet cabaran kem negara di Jerman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wug.jpg
Kontinjen Malaysia pertama yang berangkat ke Sukan Universiti Dunia selamat tiba di Essen, Jerman semalam bagi memulakan kempen di Rhineruhr yang akan membuka tirai kurang daripada tempoh 24 jam lagi.

Sedikit berbeza dengan temasya sebelum ini, penganjur tidak menyediakan perkampungan atlet, sebaliknya dipecahkan mengikut jenis sukan dan venue masing-masing, sekali gus memberikan cabaran buat sekretariat yang tiba untuk ke destinasi mereka.

"Sukan-sukan ini akan dipecahkan, tidak sama seperti sebelum ini. Contohnya kem badminton akan duduk di hotel lain begitu juga taekwando. Mereka duduk di hotel berbeza.

"Nampak seperti tidak okay, mungkin komunikasi mereka sedikit perlahan di sini," katanya.

Cabaran yang berbeza turut dihadapi pihak penganjur lebih-lebih lagi yang bertugas di pusat menyambut atlet yang tiba, dalam memastikan proses pengagihan delegasi dapat dilakukan dengan teratur dan efisien meskipun ianya mengambil masa yang lama.

"Hari ini hari yang sibuk, hari banyak deligasi dan mengambil masa dalam proses itu. Kami tiada perkampungan sukan, setiap sukan akan ke hotel tersendiri.

"Kami perlu memastikan mereka pergi ke tempat yang tepat." ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video