Skip to main content

Sukan Lain

WUG: Kecewa sebab hampakan rakan sepasukan -- Atlet poomsae

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

poomsae.jpg
Itu luahan atlet taekwondo poomsae berpasukan lelaki negara, Jason Loo, apabila merasakan beberapa kesalahan yang dilakukan ketika aksi final menjejaskan momentum pasukan dalam Sukan Universiti Dunia (WUG) di Jerman. 

Jason bersama Chin Ken Haw dan Randy Owen menamatkan saingan akhir di kedudukan keenam selepas memungut 8.449 mata secara keseluruhan.

"Saya ingin berkata bahawa ini adalah kali pertama dia bertanding dalam kategori ini dan di peringkat ini.

"Ia adalah tugasan yang mencabar lebih-lebih lagi di peringkat dunia.

 

"Saya sangat berbangga atas kerja keras yang dicurahkan olehnya," kata pemenang pingat perak Sukan SEA Kemboja, Ken Haw.

"Saya sangat tertekan dan kecewa dengan diri sendiri," kata Jason di Nadi Weekend.

Advertisement

Must Watch Video