"Pemain nombor satu dunia dan seorang juara grand slam, ia tidak mungkin lebih baik daripada ini.”
Caroline Wozniacki, dengan hanya tidur sesingkat dua jam, bangun tidur pagi ini selaku juara Terbuka Australia di Melbourne.
Pemenang 27 kali WTA dan bekas penyandang nombor satu dunia, finalis dua kali Terbuka Amerika Syarikat, Wozniaki, sudah terlalu lama mengidamkan trofi.
Hasrat menjadi pemenang gelaran utama yang pertama dari Denmark dengan mengatasi Simona Halep dalam satu final epik di Melbourne Park semalam, harus tidak terlintas di fikirannya pada minggu pertama kejohanan setelah ketinggalan 1-5 dalam set ketiga perlawanan pusingan keduanya menentang pemain nombor 119, Jana Fett.
Dengan sebelah kakinya sudah terkeluar daripada kejohanan, ia berkisar kepada kelangsungan buat Wozniacki sambil pemain berusia 27 tahun seakan-akan pasti tersingkir awal sekali lagi.
Melbourne tidak pernah menjadi gelanggang menggembirakan buatnya dengan hanya dua kemaraan ke suku akhir daripada 10 penampilan – salah satunya memberinya tempat dalam separuh akhir.
Tetapi, dengan bekas juara NBA dan teman lelakinya, David Lee, di tempat duduk penonton, Wozniacki menyelamatkan dua mata akhir untuk melanjutkan keberadaannya di Australia.
“Daripada hampir tersingkir awalnya dan duduk di sini dengan trofi Terbuka Australia, ia adalah menakjubkan,” katanya. “Ia satu perubahan mengagumkan dan sesuatu yang saya amat banggakan.”
Dipercepatkan kepada semalam, Wozniacki menyusuli langkah juara 2016, Angelique Kerber, dan juara 2014, Li Na, apabila kedua-duanya menyelamatkan mata akhir dalam perjalanan untuk menjulang piala di Rod Laver Arena.
Selepas memenangi set pertama hanya untuk diatasi Halep yang ternyata amat bersemangat dalam set kedua, penantian panjang Wozniacki terhadap kejuaraan utama kelihatan akan berlanjutan apabila dia melepaskan pendahuluan 2-0 dalam set penentuan.
Halep menukar pertarungan sengit itu untuk memihaknya dengan mendahului 4-3 sebelum Wozniacki memenangi tiga game berturut-turut bagi melenyapkan badi yang membelenggunya selama ini.
Wozniaki kini adalah seorang pemenang gelaran utama.