Serena Williams dan Andy Murray melangkah ke pusingan ketiga saingan beregu campuran selepas mengatasi pilihan ke-14, Fabrice Martin dan Raquel Atawo, dalam saingan Wimbledon.
Terdahulu, Williams menewaskan Alison Riske untuk melangkah ke separuh akhir perseorangan wanita selepas pertembungan yang sengit di Gelanggang Utama semalam dan sekali lagi meraih kemenangan bersama Murray.
Bekas pemain nombor satu dunia itu bakal berdepan pilihan utama, Bruno Soares dan Nicole Melichar selepas meraih kemenangan 7-5, 6-3.
Murray dan Williams beraksi cemerlang, dengan Atawo-Martin gagal untuk merampas sebarang set ke atas gandingan bintang itu.
Williams berkata dia berada dalam keadaan terbaik selepas bakal membuat pertemuan dengan Barbora Strycova dalam separuh akhir saingan perseorangan di sebalik kecederaan buku lali yang dialami dan juara grand slam 23 kali itu kelihatan cergas ketika digandingkan dengan Murray.
Murray dan Pierre-Hugues Herbert tersingkir dalam pusingan kedua saingan beregu lelaki tetapi gandingannya bersama Williams mampu membenarkan pemain kelahiran Britain itu menjulang gelaran kedua sejak kembali pulih daripada pembedahan pinggul selepas meraih gelaran Kejuaraan Kelab Queen bersama Feliciano Lopez bulan lalu.