Tarikh akhir "peluang khas" bagi Kejohanan Tenis Grand Slam Wimbledon bakal dilanjutkan sekiranya langkah itu membolehkan Andy Murray membuat kemunculan dalam kejohanan itu.
Januari lalu, Murray mengumumkan perancangan untuk bersara selepas kempen Wimbledon, namun pembedahan yang dijalani untuk mengatasi masalah pinggulnya dan Terbuka Australia, awal tahun ini, mungkin menjadi saingan terakhir buatnya.
Bekas pemain nombor satu dunia berkenaan mendedahkan dia kini bebas daripada belenggu kesakitan susulan daripada pembedahan itu tetapi tidak tertekan untuk kembali beraksi.
Murray, 31, boleh menggunakan kedudukan rankingnya yang dilindungi untuk menyertai Wimbledon bermula 1 Julai depan, namun ada kemungkinan dia akan memohon 'peluang khas' jika dia cukup cergas untuk bersaing.
Penganjur, All England Club, mengesahkan mereka akan bersedia melanjutkan tarikh akhir peluang khas yang ditetapkan pada 18 Jun depan -- sekiranya Murray memerlukan lebih banyak masa untuk membuat keputusan.
"Belum ada perbincangan dengan Andy lagi. Kita akan mengetahui jawapannya tidak lama lagi," kata Pengerusi All England Club, Philip Brook.
"Sekiranya dia ingin memohon, dia akan berbuat demikian dengan cara seperti biasa. Kami mengadakan mesyuarat pada 18 Jun depan sebelum kejohanan dilangsungkan bagi memutuskan kedudukan pemain dalam slot peluang khas.
"Proses ini termaktub ke atas semua pemain. Jika Andy tampil dengan alasan yang kuat, saya pasti kami akan bekerjasama dengannya."
Murray tersingkir dalam pusingan pertama Terbuka Australia selepas kalah kepada Roberto Bautista Agut dalam aksi lima set.