Serena Williams tidak pasti menghadapi hakikat bahawa dia telah didenda kerana membuang raket ketika sesi latihan menjelang saingan Wimbledon.
Isnin lalu, Williams dilaporkan didenda ASD10,000 (RM41,000) oleh pihak penganjur Wimbledon kerana merosakkan salah satu gelanggang latihan dengan raketnya 30 Jun lalu, sehari sebelum kejohanan bermula.
Williams turut menghancurkan raketnya di gelanggang ketika tewas dalam aksi final Terbuka AS kepada Naomi Osaka, September tahun lalu, apabila juara Wimbledon itu melabel pengadil, Carlos Ramos, sebagai "penipu" dan "pencuri" kerana menghukumnya di atas tindakannya itu.
Denda terbaru itu, bagaimanapun, tidak memberikan impak kepada Williams dalam aksi suku akhir berdepan Alison Riske, selepas berjaya melangkah ke separuh akhir dengan kemenangan 6-4, 4-6, 6-3.
Apabila ditanya mengenai insiden tersebut dalam sidang media pasca-perlawanan, Williams menjelaskan mengapa dia keliru dengan hukuman yang dikenakan sambil bergurau dia sebenarnya memiliki kekuatan seperti watak dalam siri filem Avengers.
"Saya didenda kerana mencampakkan raket saya," kata Williams.
"Saya sangat menghargai jika anda boleh memberitahu apa kerosakannya. Jika anda ingin tahu, saya merupakan salah seorang ahli Avengers. Mungkin saya memiliki kekuatan fizikal yang tinggi."
Williams bakal berdepan Barbora Strycova dalam aksi separuh akhir selepas pemain kelahiran Republik Czech itu menamatkan harapan Johanna Konta dengan kemenangan 7-6 (7-5), 6-1 di Gelanggang Utama.