Jurulatih Rafael Nadal, Francisco Roig, berpandangan pemain kelahiran Sepanyol itu sedang "bermain tanpa kelemahan" dalam Kejohanan Wimbledon.
Juara dua kali Wimbledon, Nadal, mudah melepasi Yuichi Sugita dalam pusingan pembukaan tetapi kehilangan satu set ketika menyingkirkan Nick Kyrgios dalam pusingan kedua.
Bagaimanapun, pemain pilihan ketiga itu berada di tahap terbaik ketika melakar kemenangan 6-2, 6-3, 6-2 ke atas Jo-Wilfried Tsonga kelmarin, dengan Joao Sousa menjadi halangan seterusnya di peringkat suku akhir.
"Perlawanan berdepan Tsonga menampilkan ketepatan dan keamatan yang tinggi daripada Nadal," kata Roig.
"Nadal mengekalkan kelancaran permainan dan sentiasa menyukarkan lawannya. Setiap pukulannya tepat dan ia menjejaskan permainan lawan.
"Dia sedang bermain tanpa sebarang kelemahan. Tsonga mengulas tidak pasti di mana untuk menyerang dan apa yang harus dilakukan selepas tamat perlawanan. Jika pemain seperti Tsonga tidak mampu untuk menangani Nadal, ia telah menjelaskan Nadal di tahap terbaik dalam saingan Wimbledon kali ini," tambahnya.
Roig berasakan peningkatan permainan 'raja tanah liat' itu beraksi di gelanggang rumput merupakan hasil kerja keras dalam sesi latihan.
"Nadal telah melakukan perubahan dalam sesi latihan dan ia mula menampakkan hasil dalam saingan Wimbledon.
"Keputusan positif yang diraih adalah sesuatu yang menakjubkan dan saya yakin Nadal mampu bergelar juara kali ini."