Johanna Konta berang dengan soalan wartawan yang merendahkan kredibilitinya sebagai pemain profesional selepas tewas kepada Barbora Strycova dalam suku akhir Wimbledon.
Pemain nombor 18 dunia, Konta, gagal meneruskan kemaraan semalam selepas tewas 7-6 (7-5), 6-1 di Gelanggang Utama di sebalik mendahului set pertama 4-1.
Strycova bakal berdepan juara tujuh kali Wimbledon, Serena Williams, dalam separuh akhir selepas pilihan ke-11 itu mengatasi Alison Riske.
Konta dilihat sebagai pilihan ketika berdepan Strycova tetapi kelihatan gagal mengekalkan permainan terbaik dalam set kedua apabila dikejutkan pemain ke-54 dunia itu bagi melangkah ke separuh akhir pertama dalam kejohanan utama.
Apabila wartawan menyoal Konta jika dia mampu beraksi dengan lebih cemerlang berdasarkan statistik permainan, dia menjawab, "Adakah ia merupakan pandangan profesional anda dalam sukan tenis?
"Saya tidak berasakan anda perlu bertanyakan sebegini kepada saya. Saya bersifat terbuka kepada media dan saya menjelaskan apa yang berlaku di atas gelanggang.
"Jika anda tidak menerima jawapan atau tidak bersetuju tidak mengapa tetapi saya masih lagi percaya dengan gaya permainan dan cara saya bersaing."
Ditanya lagi jika dia mahu memenangi grand slam pada masa akan datang, Konta berkata, "Saya minta tolong jangan merendahkan kebolehan saya.
"Dalam cara anda mengajukan soalan, anda tidak menghormati dan cuba merendahkan kredibiliti saya.
"Saya seorang pemain tenis profesional yang telah berusaha sebaik mungkin hari ini," bentaknya.