Simona Halep berkata dia telah mula jatuh cinta dengan gelanggang rumput selepas menewaskan Zhang Shuai untuk melangkah ke separuh akhir Wimbledon.
Halep meraih tiket ke separuh akhir buat kali kedua di Kelab Seluruh England dengan kemenangan 7-6 (7-4) 6-1, semalam.
Elina Svitolina bakal menjadi halangan seterusnya buat juara Terbuka Perancis 2018 itu untuk melangkah ke final di SW19.
Bergelut ketika beraksi di gelanggang rumput sebelum ini, pilihan ketujuh, Halep, mendedahkan dia mula selesa beraksi di Kelab Seluruh England.
Ditanya apa yang dipelajari menerusi kekalahan dalam separuh akhir kepada Eugenie Bouchard lima tahun lalu, bekas pemain nombor satu itu berkata, "Segalanya sudah berubah.
"Saya kini lebih berpengalaman, lebih yakin. Saya sudah mula jatuh cinta dengan gelanggang rumput. Ini merupakan kali pertama saya meluahkannya.
"Saya berasakan satu cabaran yang sukar dalam perlawanan seterusnya. Tetapi saya akan menghadapinya sama seperti perlawanan sebelum ini. Saya berada dalam keadaan yang tenang, gembira dan bermotivasi untuk merakamkan kemenangan.
"Saya sudah mula selesa dengan gelanggang ini. Saya tidak tergelincir sepanjang kejohanan dan berharap dapat beraksi cemerlang dalam perlawanan seterusnya."