Cori Gauff berasa senang dengan sokongan yang diterimanya sepanjang beraksi dalam Kejohanan Wimbledon selepas perjalanannya di Kelab Seluruh England berakhir.
Pemain berusia 15 tahun dari Amerika Syarikat itu mengejutkan juara lima kali Wimbledon, Venus Williams, dalam pusingan pertama tetapi tersingkir daripada pusingan 16 selepas tewas kepada pemain nombor satu dunia, Simona Halep, semalam.
Halep meraih kemenangan 6-3 6-3 di Gelanggang No.1, namun Gauff masih mampu mempamerkan beberapa pukulan berkualiti di sebalik bergelut dengan masalah perut.
Sinar baru daripada pemain muda itu menjadi perbualan utama dalam Wimbledon tahun ini. Di samping memiliki masa depan yang cerah, Gauff sudah mula memiliki peminat dalam kejohanan itu.
"Ia amat mengejutkan kerana anda tidak menjangkakan sokongan beraksi di negara lain, tidak seperti di laman sendiri," kata Gauff.
"Saya dapat berasakan seperti beraksi di New York. Saya sangat gembira kerana orang mempercayai kebolehan saya.
"Mereka sangat menakjubkan, termasuk dalam perlawanan ini. Walaupun gagal bermain baik, mereka tetap memberikan sokongan.
"Banyak yang saya pelajari kali ini, beraksi di hadapan penonton yang ramai. Saya belajar beraksi di bawah tekanan dan saya sangat gembira kerana menimbanya di Wimbledon."