Skip to main content

Tenis

Wimbledon: Federer teruja kembali bertemu Nadal

federer.jpg
Roger Federer menjelaskan dia tidak pernah membayangkan akan berjaya meraih kemenangan ke-100 dalam saingan Wimbledon tetapi sudah menjangkakan cabaran daripada Rafael Nadal dalam separuh akhir.

Federer menewaskan Kei Nishikori 4-6, 6-1, 6-4, 6-4 untuk menjadi pemain pertama meraih kemenangan ke-100 dalam satu grand slam, semalam.

Juara grand slam 20 kali itu lupa bahawa dia telah mencipta sejarah sehinggalah dia diingatkan oleh salah seorang penonton selepas mempamerkan persembahan cemerlang di Gelanggang Utama.

Juara Wimbledon lapan kali, Federer, berkata, "Ia sangat istimewa. Sudah lama saya beraksi dalam kejohanan ini. Ia telah memberikan peluang untuk saya meraih banyak kemenangan.

"Saya tidak memikirkannya kerana beraksi hari ini. Sehinggalah saya bertemu salah seorang penonton, dia berkata, 'Tahniah di atas kemenangan ke-100'. Saya langsung tidak mengingatinya."

Federer bakal bertemu Nadal buat kali pertama sejak 11 tahun lalu di Kelab Seluruh England, kali terakhir itu menyaksikan wakil Sepanyol berkenaan muncul juara Wimbledon.

"Dia telah menampilkan peningkatan beraksi di gelanggang rumput. Dia juga sudah bermain dengan cara yang berbeza berbanding sebelum ini. Kami telah lama tidak bertemu di gelanggang ini.

"Nadal merupakan seorang pemain yang melakukan servis yang laju serta pantas mendapatkan mata. 

"Saya teruja untuk berdepan Nadal selepas kali terakhir melakukannya adalah 11 tahun yang lalu."
 

Advertisement

Must Watch Video