Skip to main content

Tenis

Wimbledon: Federer raih kemenangan ke-99

federer.jpg
Roger Federer mencatatkan kemenangan ke-99 dalam KejohananWimbledon apabila melangkah ke suku akhir selepas mengatasi Matteo Berrettini 6-1, 6-2, 6-2.

Tiada pemain yang berjaya melakar 100 kemenangan dalam saingan grand slam tetapi dia kini hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk mencapai rekod itu.

Dengan Rafael Nadal dan juara bertahan, Novak Djokovic, mudah ke suku akhir semalam, pemain berusia 37 tahun itu tidak menampilkan sebarang kelemahan berdepan pilihan ke-17 berkenaan di Gelanggang Utama dan hanya memerlukan 74 minit untuk menang.

Beberapa pukulan berkualiti daripada Berrettini dalam set terakhir berjaya mengghairahkan penonton yang hadir, namun pengalaman Federer merupakan sesuatu yang sukar diatasi apabila dia bakal ke suku akhir untuk berdepan bekas finalis Terbuka AS, Kei Nishikori.

Hanya 17 minit diperlukan Federer untuk memenangi set pertama dengan deretan servis ace selepas merampas dua permainan meletakkan dirinya mengawal rentak perlawanan.

Perasaan gugup Berrettini menjadi penghalang utamanya, dengan pemain ke-20 dunia itu gagal untuk bangkit daripada persembahan mengecewakan dalam set kedua apabila melakukan tujuh kesilapan tidak disengajakan.

Kelebihan Federer dalam mengawal permainan memastikan dia merakamkan kemenangan mudah dalam set ketiga dan legenda Switzerland itu mula memasang impian meraih kemenangan ke-100 dalam saingan Wimbledon, satu rekod yang tidak pernah dicapai mana-mana pemain.

Advertisement

Must Watch Video