Roger Federer menolak dakwaan bahawa aksi dengan Marin Cilic dalam penentuan gelaran Grand Slam Wimbledon akan menjadi pertemuan paling mudah berbanding pertarungan dengan Andy Murray, Novak Djokovic mahupun Rafael Nadal.
Federer, yang berada dalam prestasi terbaik, mengintai gelaran Wimbledon kelapannya selepas memastikan slot ke final hasil kemenangan 7-6 (7-4), 7-6 (7-4), 6-4 ke atas Tomas Berdych, malam tadi.
Kemenangan Cilic ke atas Sam Querrey -- yang menyingkirkan pemain nombor satu dunia, Murray, di peringkat suku akhir -- bermakna pemain Croatia itu menjadi halangan buat Federer.
Seperti Murray, Djokovic dan Nadal yang tersingkir di peringkat awal -- Djokovic menarik diri di suku akhir manakala Nadal ditunjukkan jalan keluar oleh Gilles Muller dalam pusingan keempat.
Cilic pernah menewaskan Federer ketika mengungguli Grand Slam Amerika Syarikat (AS) pada 2014 dan Federer yang tidak pernah tercicir sebarang set dalam kejohanan setakat ini, tidak menjangkakan bahawa dia akan menghadapi tugas mudah.
"Saya tidak mahu mengatakan ia akan lebih mudah hanya kerana saya mempunyai rekod pertemuan yang baik ke atas Marin di mana pertarungan kami sangat sengit," kata Federer dalam sidang media untuk perlawanan final, esok.
"Bukanlah kami pernah berhadapan sebanyak 30 kali. Saya tidak perlu membuat pendekatan baru.
"Pertarungan ini adalah jelas. Ia perubahan yang menarik tetapi tidak bermaksud ia adalah mudah.
"Dapat melakar sejarah dalam Wimbledon benar-benar buat saya gembira. Saya sukakan kejohanan ini. Semua impian saya terlaksana sebagai pemain.
"Untuk berpeluang mengulanginya buat kali kelapan adalah perasaan yang hebat.
"Ia sangat mengujakan. Saya harap dapat menampilkan satu lagi permainan yang hebat.
"11 penampilan dalam perlawanan akhir adalah rekod yang hebat, namun ia bukan jaminan buat saya.
"Saya semakin hampir, oleh itu saya perlu kekal fokus."