Skip to main content

Tenis

Wimbledon: Djokovic mudah ke suku akhir

novak-djokovic_.jpg
Novak Djokovic mudah melangkah ke suku akhir Wimbledon selepas menewaskan Ugo Humbert 6-3, 6-2, 6-3.

Pemain berusia 21 tahun dari Perancis itu, yang menghuni tangga ke-66 dunia serta bermain dalam minggu saingan grand slam buat kali pertama dalam kariernya, menghadapi tugas sukar berdepan juara bertahan itu.

Permainan bertahan Djokovic menyukarkan Humbert, yang kehilangan dua permainan seawal set pertama.

Pukulan kilas tepat daripada Djokovic menjadikan kedudukan 3-1 dalam set pembukaan dan dia melangkah ke suku akhir untuk berdepan pemain di ranking ke-21 dunia, David Goffin.

Ternyata pengalaman yang dimiliki Djokovic berjaya memastikan kemenangan mudah ke atas pemain kurang berpengalaman itu di samping misinya untuk mempertahankan gelaran tahun ini.

Pemain nombor satu dunia itu kehilangan 14 mata ketika melakukan servis sepanjang permainan sementara Humbert berjaya melakukan enam servis ace.

"Saya tidak pernah berdepan Humbert sebelum ini tetapi telah menyaksikan dia mengatasi beberapa pemain ternama," kata Djokovic.

"Saya dapat membaca permainannya tetapi dia mungkin tidak berada di tahap terbaik. Saya sangat gembira di atas kemenangan straight set ini."
 

Advertisement

Must Watch Video