Serena Williams menegaskan dia kini beraksi bebas daripada kesakitan ketika membuat persiapan menghadapi Piala Rogers di Toronto.
Wakil dari Amerika Syarikat itu bakal turun ke gelanggang buat kali pertama sejak tewas kepada Simona Halep dalam aksi final Wimbledon bulan lalu.
Williams, juara grand slam 23 kali, bergelut dengan kecederaan lutut sepanjang musim 2018 tetapi kini berada di tahap kecergasan terbaik dalam usaha untu merebut gelaran buat kali keempat di Toronto.
"Ya, saya berasa dalam keadaan yang baik, lutut saya semakin baik sebelum menghadapi Wimbledon," katanya.
"Saya berasakan mampu untuk menampilkan permainan yang lebih cemerlang selepas ini.
"Saya tidak tahu jika saya perlu mengubah permainan saya, saya hanya perlu bangkit.
"Buat masa ini, saya ingin memperbaiki beberapa kelemahan dalam teknik saya sementara perlu membahagikan masa sebagai seorang ibu dan atlet profesional."
Williams telah berjaya melangkah ke final dalam grand slam sejak bergelar ibu tetapi tewas kesemuanya.
Ketika pemain berusia 37 tahun itu kini menghampiri penghujung kariernya, Williams berikrar untuk menggunakan setiap peluang yang hadir.
"Saya menggemari tugas saya dan mahu melakukannya sepanjang masa. Saya sangat bersyukur dengan apa yang ditempuhi sepanjang karier ini dan ia amat menyeronokkan.
"Seronok untuk menjadi sebahagian daripada barisan pemain elit dunia.
"Mungkin perjalanan saya semakin menghampiri penghujung, namun saya tetap berbangga dengan pencapaian yang diraih sebelum ini."