Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Sukan Lain

Welson belum rancang kembali ke Australia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

welson-sim.jpg
Perenang negara, Welson Sim, belum merancang untuk kembali berlatih di Australia walaupun beraksi di bawah tahap sebenar dalam kesemua tiga acara yang disertainya dalam Kejohanan Dunia FINA di Gwangju, Korea Selatan minggu lalu.

Jaguh negara itu dijangka mampu untuk memecahkan rekod kebangsaan dalam kejohanan berkenaan, namun perenang kelahiran Sarawak itu gagal mempamerkan aksi terbaik dalam acara 100, 200 dan 400 meter gaya bebas.

Dia gagal melepasi pusingan pertama walaupun menghabiskan enam bulan untuk berlatih di Australia.

"Saya tidak berasa baik langsung.

"Ia bukan seperti yang saya jangkakan dan bukan seperti apa yang saya sudah berlatih sepanjang 12 bulan ini.

"Jadi, ia tidak bagus.

"Saya akan kekal di sini, mungkin untuk dua bulan lagi dan akan menyertai Piala Dunia di Budapest (Hungary), Oktober depan.

"Selepas itu barulah saya akan menyertai pasukan Melbourne.

"Pulang ke Melbourne dan berlatih di sana," katanya.

Malaysia turut menghantar empat perenang lain, termasuk Phee Jinq En, yang berpangkalan di Amerika Syarikat, namun semuanya gagal melepasi pusingan pertama.

Skuad negara akan menyertai siri ketiga Piala Dunia FINA di Singapura bermula 15 Ogos ini.

"Saya perlu kembali berlatih.

"Dalam tempoh dua bulan ini, saya akan fokus untuk meningkatkan ketahanan.

"Saya tidak menjangkakan sesuatu yang luar biasa di Singapura," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video