Bekas jaguh taekwondo negara, Chew Wei Yan, menolak tawaran untuk kembali mewakili skuad kebangsaan disebabkan faktor kesibukannya menguruskan perniagaan selain minatnya yang kian pudar terhadap sukan itu.
Wei Yan menjalankan perniagaan pusat gimnasium di sekitar Lembah Klang selepas bersara Oktober lalu.
Ia menuntut komitmen tinggi daripada pemenang pingat gangsa Kejohanan Poomsae Dunia tahun lalu itu, sekali gus terpaksa menolak tawaran daripada skuad negara.
Wei Yan turut meluahkan kekecewaannya selepas acara itu tidak dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Saya menghargai tawaran yang diberikan skuad kebangsaan tetapi saya tiada motivasi untuk menghabiskan masa latihan seperti dulu.
"Saya juga sudah terlalu tua untuk menyertai acara poomsae.
"Kaki saya juga sudah keras dan tidak fleksibel seperti dulu.
"Jika menjalani latihan intensif seperti dulu, ia akan menyukarkan diri saya," katanya.