Ketua jurulatih skuad taekwondo negara, Yap Yih Ting, menjelaskan bahawa bekas jaguh taekwondo negara, Chew Wei Yan, bukan menolak tawaran, cuma masih tidak pasti sama ada ingin kembali menyertai skuad kebangsaan atau sebaliknya.
Terdahulu, Wei Yan menolak tawaran untuk kembali mewakili skuad kebangsaan akibat kesibukan menguruskan perniagaannya.
Bagaimanapun, ketua jurulatih skuad taekwondo, Yih Ting, menjelaskan masih terdapat sinar harapan untuk bekas jaguh taekwondo itu kembali menyertai skuad kebangsaan.
"Dia belum pasti kembali sertai skuad negara. Wei Yan sibuk dengan perniagaannya dan jika ia berjalan lancar, Wei Yan akan kembali sertai skuad negara. Buat masa ini, dia masih lagi berlatih untuk mengekalkan prestasinya," katanya.
Yih Ting akur jika Wei Yan memilih untuk tidak kembali bersama skuad kebangsaan kerana itu hanya sekadar pelan B.
"Wei Yan adalah Pelan B skuad negara untuk saingan Sukan SEA nanti. Jika dia kembali, dia akan turun beraksi dalam acara perseorangan dan berpasukan campuran."
Untuk rekod, skuad taekwondo negara berjaya meraih tiga emas, empat perak dan lima gangsa ketika Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur dua tahun lalu.