'Wanita Kuat' Sabah, Joyce Heng Shu Xia, kini boleh menarik nafas lega apabila Kementerian Belia dan Sukan Sabah akan memberi bantuan buatnya menghadapi Kejohanan Monster World 2019 di Gold Coast, Australia, pada 15 dan 16 Jun ini.
Menterinya, Phoong Jin Zhe, mengesahkan perkara itu selepas menerima kunjungan daripada Joyce di pejabatnya, semalam.
"Laporan media sebelum ini melaporkan dia (Joyce) mengalami kesusahan daripada segi kewangan dan tidak pernah menerima penghargaan daripada kerajaan walaupun memenangi beberapa kejohanan antarabangsa.
"Saya mengambil maklum berhubung perkara ini dan berjanji akan memberi sumbangan serta penghargaan kepadanya.
"Kerajaan prihatin dengan semua acara sukan di Sabah dan saya berharap Joyce dapat mengharumkan nama Sabah di peringkat yang lebih tinggi dalam arena sukan ini," katanya.