Selain berjaya memperbaiki ranking dunia di tempat ketiga, pelari menara, Soh Wai Ching, kini dalam misi mempersiapkan diri untuk cabaran antarabangsa seterusnya di Sepanyol, Ahad ini.
Wai Ching yang baru pulang dari China berjaya meraih kemenangan tempat kedua dalam dua Kejohanan ITGP Beijing dan ITGP Wuxi IFS, kini sedang giat melakukan latihan bagi Kejohanan Carrera Vertical El Ejido di Sepanyol, Ahad ini.
Bagaimanapun, dia terpaksa berpuas hati dengan kedudukannya itu dan bercadang memperbaiki prestasi jika mempunyai pelan yang lebih baik dalam menyusun jadual perjalanan pertandingannya yang banyak melibatkan negara antarabangsa.
"Perjalanan yang terlalu panjang menjadi punca kepenatan. Saya menyertai lapan perlumbaan dalam tempoh sebulan. Sebagai atlet, ia secara tidak langsung menganggu fikiran atlet," kata Wai Ching.
Ini juga merupakan kejohanannya yang ke-14 tahun ini.
Buat masa ini, atlet kelahiran Kuala Lumpur itu masih menunggu keputusan untuk menubuhkan persatuan bagi pelari menara di Malaysia daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS).
Dia turut bercadang mendapatkan kemudahan melakukan latihan sejurus selepas itu selain ingin menganjurkan acara yang melibatkan larian menara untuk pendedahan orang ramai tentang kewujudan sukan berkenaan.
"Kami telah menghantar dokumen kepada PJS bagi menubuhkan persatuan ini sebagai langkah untuk memperkembangkan sukan ini dalam kalangan rakyat Malaysia."