Skip to main content

Sukan Lain

Wai Ching mahu pecah rekod, takluk menara di Jerman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

waiching.jpg
Juara dunia, Soh Wai Ching, berpuas hati dengan ketangkasan larian apabila mencatat masa lebih pantas yang disasarkan iaitu lima minit 16s dalam saingan larian menara NAZA, pagi tadi.

Atlet berumur 28 tahun itu, mengakui cabaran mendaki tangga menara ikonik itu lebih mudah daripada saingan lain walaupun memerlukan daya ketahanan maksimum untuk mendaki 49 tingkat yang bersamaan 1139 anak tangga.

Wai Ching ingin mempersiapkan diri ke cabaran larian menara Varso di Warsaw, Poland, pada 25 Mei ini dan Sky Run, di Frankfurt, Jerman, pada keesokan harinya selain menyimpan hasrat untuk memecah rekod di Poland.

"Saya memasang impian untuk memecahkan rekod larian di Menara Varso nanti sekali gus ingin meraih gelaran juara," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video