Skip to main content

Sukan Lain

Vincent tegaskan pemilihan diiktiraf PJS

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

karate.jpg
Timbalan Presiden Persekutuan Karate-Do Malaysia (MAKAF), Vincent Chen, menyangkal dakwaan 12 ahli gabungan kononnya pemilihan yang dilakukan Oktober lalu belum diiktiraf Pesuruhjaya Sukan (PJS).

Vincent mempertahankan pemilihan Oktober lalu itu mengikut semua peraturan ditetapkan dan pihaknya juga sudah mengemukakan senarai ahli jawatankuasa terbaru itu kepada PJS.

Beliau melihat tindakan 12 ahli gabungan yang mempersoalkan pengiktirafan itu gara-gara kecewa daripada kegagalan meraih sebarang jawatan.

"MAKAF sudah memaklumkan PJS berserta keputusan akhir. Jadi, tiada isu tidak sah. Ini bukan isu yang apabila anda menunjukkan satu rekod, ia sudah tidak sah.

"Bagi saya, mereka cuba mengalihkan perhatian," kata Vincent.

MAKAF akan mengeluarkan surat jemputan kepada 12 ahli gabungan itu untuk perbincangan dan jika tiada maklum balas selepas tiga bulan, Vincent tidak menolak kemungkinan tindakan undang-undang akan diambil.

"Kami sudah mengadakan mesyuarat exco. Mesyuarat itu juga ada wakil daripada kumpulan mereka yang melakukan tuntutan itu tetapi mereka memilih untuk boikot. Namun, selagi ahli gabungan yang ada terdiri separuh daripada senarai penuh, kami cukup untuk menyokong surat tunjuk sebab."
 

Advertisement

Must Watch Video