Pemerhati sukan negara, I. Vikneswaran, menyambut baik kemunculan semula bekas pemain skuad hoki kebangsaan, Faizal Saari, sekiranya membuat pusingan U untuk memperkuat The Speedy Tigers di bahagian serangan.
Bagaimanapun, posisi mesin gol negara itu kini sudah mula diambil alih oleh beberapa pemain yang menunjukkan potensi yang cukup besar.
Syed Syafiq Syed Cholan, merupakan antara nama yang disebut sebut sebagai pemain yang memiliki kredibiliti tersendiri untuk menggalas tugas tersebut.
Dengan prestasi mengkagumkan di pentas Piala Negara-Negara, dia sememangnya wajar diberi tanggungjawab penting.
Melalui post mortem di Piala Negara-Negara, I. Vikneswaran, enggan meletakkan kesalahan di bahu pemain dan jurulatih sahaja, menerusi kegagalan melunaskan misi ke separuh akhir.
Sebaliknya, tiga elemen penting perlu dikaji — pengurusan krisis, krisis berpasukan serta ‘mental execution’.
Mengambil kira setiap perlawanan, tumpuan pastinya terarah kepada aksi kedua peringkat kumpulan menentang New Zealand apabila skuad hoki negara yang mendahului 3-0, terpaksa menelan kepahitan tewas 3-4 di penghujung saingan.
Apakah solusi terhadap masalah ini?
"Ia bukan melibatkan latihan mental namun lebih kepada psikologi, Ia menjangkau daripada sebarang latihan mental," katanya menerusi Nadi Arena.
"Faizal Saari seorang pemain yang bagus, dia seorang pemain yang berbakat. Dia mampu menjadi tambahan yang baik buat pasukan."