Sebastian Vettel yakin dia mampu mengejar Lewis Hamilton dalam saingan kejuaraan kategori pemandu walaupun ketinggalan 24 mata kepada bintang Mercedes itu.
Selepas meraih kemenangan dalam Grand Prix British, Vettel mendahului Hamilton dengan empat mata secara keseluruhan tetapi kini dipintas semula oleh pesaingnya itu.
Gagal menyempurnakan perlumbaan di Hockenheim membenarkan Hamilton mengungguli saingan dengan beberapa lagi siri kesilapan Vettel menyaksikan dia semakin ketinggalan.
Vettel berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua dalam GP Hungary tetapi berdepan cabaran sukar untuk menafikan kejuaraan Hamilton bagi musim ini.
Pelumba kelahiran Jerman itu masih belum lagi berputus asa, dengan sembilan lagi perlumbaan menanti selepas musim bersambung di Belgium pada 26 Ogos ini.
"Pada pandangan saya, Ferrari telah menampilkan aksi konsisten sepanjang musim. Kesilapan yang dilakukan di Jerman terlalu mudah tetapi ia menghukum kami," kata Vettel.
"Ia sebahagian daripada sukan ini. Saya tidak mampu mengembalikan masa kerana ia telah berlaku. Tetapi saya masih meletakkan keyakinan untuk terus bersaing dalam baki sembilan perlumbaan lagi.
"Saya yakin Ferrari mampu menampilkan persembahan terbaik dan terdapat ruang yang boleh diperbaiki. Saya tidak sabar menantikan perlumbaan akan datang," tambahnya.