Skip to main content

Permotoran

Vettel harap tuah iringi Ferrari dalam perlumbaan ke-1000 F1

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

vettel.jpg
Sebastian Vettel mengharapkan "sedikit tuah" yang tidak menyebelahi mereka pada awal musim ini apabila mereka cuba menandakan perlumbaan Formula Satu (F1) ke-1,000 dengan kemenangan.

Pasukan Scuderia itu mencatat masa terpantas dalam ujian pra-musim di Barcelona, ​​namun Mercedes telah memulakan tahun ini dengan mengungguli dua perlumbaan awal dengan meraih kedudukan 1-2.

Charles Leclerc berpeluang menuju kejayaan sulungnya dalam saingan F1 sebelum masalah enjin menafikan pelumba dari Monaco itu dalam perlumbaan terakhir di Grand Prix (GP) Bahrain.

Vettel menyelesaikan perlumbaan di Sakhir itu di tempat kelima selepas dia sendiri melenyekkan sayap depan jenteranya ketika bersaing hebat dengan Lewis Hamilton selain menamatkan perlumbaan GP Australia di tangga keempat. 

Mercedes mendahului pungutan mata pengeluar dengan kelebihan 39 mata di atas Ferrari sementara Vettel berasakan pasukan Itali itu memerlukan sedikit tuah menjelang GP China, hujung minggu ini.

Pemandu Jerman itu berkata: "Tayar adalah salah satu aspek utama di Shanghai. Ia adalah tugas paling penting yang perlu dilakukan pada Ahad ini dalam misi kami untuk muncul pemandu terpantas sepanjang perlumbaan itu. 

"Saya pernah mengharungi beberapa perlumbaan yang baik dengan Ferrari di sini, kami hampir menang. Mungkin kali ini nasib akan mengiringi supaya kami dapat meraikan kejayaan perlumbaan ke-1,000."

Hamilton mendahului rakan sepasukannya, Valtteri Bottas, dengan hanya satu mata selepas kejayaannya di Bahrain itu dan juara dunia itu juga mengintai kejayaan keenam di Litar Antarabangsa Shanghai.
 

Advertisement

Must Watch Video