Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, mengesahkan semua pelumba kebangsaan sudah dikeluarkan dari Velodrom Cheras, sekaligus membuka laluan untuk venue itu dirobohkan.
Keputusan untuk membolehkan kerja-kerja merobohkan dijalankan selepas Velodrom Nasional Malaysia di Nilai, Negeri Sembilan, dirasmikan semalam.
Kini semua pelumba kebangsaan akan dipindahkan ke venue bernilai RM80 juta itu.
"Kita telah pun menghabiskan siri pertandingan yang melibatkan velodrom Cheras. Bermula dari sekarang, segala kejohanan hanya akan melibatkan velodrom di Nilai," jelas Shapawi.
Velodrom Cheras siap dibina pada tahun1989 dengan kos RM25 juta dan pernah menjadi venue acara berbasikal trek Sukan Komanwel 1998.
Sementara itu, pembinaan Kompleks MSN Nilai yang akan menggantikan MSN Keramat, dijangka siap tahun depan untuk menampung perpindahan atlet memanah, sepak takraw, tinju dan petanque.
"Kami akan menyediakan lapang sasar untuk memanah di Nilai kerana ia tidak memerlukan struktur bangunan yang besar. Kami juga ada dewan tertutup yang akan dijadikan pusat latihan untuk sukan tempur," tambahnya.