SUKAN LAIN
Usia bukan penghalang buat Ramasamy
K. Ramasamy bukanlah seorang bintang sukan negara.
Namun, pada usia 85 tahun, dia berjaya menamatkan larian 100m dengan catatan 16.60 saat dalam Kejohanan Olahraga Masters Antarabangsa Terbuka Malaysia 2019.
Ramasamy merupakan atlet paling berusia dalam kejohanan itu di Stadium Arena Universiti Malaya, hari ini.
Iklan
Dia masih lagi aktif menyertai acara maraton, malah beraksi dalam final 100m kategori 65 tahun ke atas tetapi masa bukanlah ukuran untuk semua yang menyaksikan kelibatnya.
"Saya tidak bermula dengan baik, sebab itulah larian tidak kencang.
"Sekarang barulah saya sedar, hayunan langkah pertama amat penting untuk membolehkan saya berlari laju.
"Sejak 40 tahun yang lalu, saya sering menyertai kejohanan di luar mahupun tempatan.
"Saya sangat gembira membabitkan diri dengan sukan," katanya berkongsi pengalaman.
Must-Watch Video



