Skip to main content

Sukan Lain

Usaha PABM cetus harapan ke Sukma

datuk-ahmad-shapawi-ismail-040817.jpg
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, berpuas hati dengan usaha Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) sambil memberi bayangan positif untuk mempertandingkan sukan itu dalam Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020. 

Sebelum ini, sukan angkat berat digugurkan daripada sukan teras ekoran tiga atlet disabitkan penggunaan bahan terlarang ketika temasya di Perak dua tahun lalu. 

Bagaimanapun, keputusan akan dibuat selepas perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma 2020, September depan. 

"Satu lagi usaha yang dilakukan oleh PABM adalah memperkenalkan aturan bahawa mana-mana negeri yang memiliki atlet terlibat dengan isu doping, mereka mungkin akan berdepan penggantungan. Ini adalah satu kaedah pencegahan doping dalam kalangan atlet angkat berat," katanya.

Shapawi ditemui ketika majlis pelancaran logo dan maskot Sukma 2020 di Senai, hari ini.

Untuk saingan edisi ke-20, sebanyak 38 venue daripada tiga kluster, iaitu Johor Bahru, Muar dan Kota Tinggi, akan digunakan untuk 30 acara sukan melibatkan 11,000 atlet daripada 14 kontinjen. 

"Mungkin untuk menjadikan Sukma 2020 satu kenangan kepada atlet dan semua pihak yang terlibat. Kami akan sediakan perkhidmatan yang terbaik," kata Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Sukma 2020, On Jabbar.

 

Advertisement

Must Watch Video