Skip to main content

Sukan Lain

Universiade: Umar tekad pamer persembahan berkualiti di Chengdu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

umar-osman.png
Masih segar lagi di ingatan buat pelari pecut muda, Umar Osman, yang tidak diberikan tumpuan di Sukan SEA 2023, tetapi berjaya mencipta sensasi serta kejutan di Hanoi, Mei lalu.

Kejayaan pelajar dari Politeknik Ibrahim Sultan untuk memperoleh pingat emas sekaligus memecah rekod kebangsaan dalam acara 400 meter itu tidak membuat Umar mendabik dada kerana menyedari kualiti atliet yang akan beraksi di Kejohanan Universiti Dunia lebih tinggi.

Namun, hasrat untuk memperbaiki rekodnya tetap menjadi misi utama di Chengdu, China.

Walaupun kali ini hanya bergantung kepada program latihan jurulatihnya, Simon Lau dari Singapura, Umar tetap menganggap persiapannya ke Universiade lebih rapi selepas baru sahaja pulang daripada Kejohanan Olahraga Asia awal Julai lalu.

"Saya mahu cuba melakukan catatan peribadi terbaik. Walaupun ia terdapat tekanan kerana catatan peribadi saya merupakan rekod kebangsaan namun saya tetap akan menerima sebarang keputusan," katanya.

Sementara itu, pelari pecut senior dalam Universiade kali ini, Jonathan Nyepa menjelaskan bahawa kuartet 100m lelaki masih lagi sedang memperbaiki dan mencari kesefahaman antara satu sama lain, kerana yang akan beraksi dalam kejohanan kali ini adalah pasukan yang baru dibentuk.

Advertisement

Must Watch Video