OLAHRAGA
Umar Usman terpaksa tangguh hasrat ke Amerika Syarikat
Hasrat pemegang rekod kebangsaan 400 meter (m) Umar Osman untuk melanjutkan pelajaran dan menjalani latihan di Universiti Auburn, Amerika Syarikat (AS) terpaksa ditangguhkan bila mana Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) terlewat dua hari bagi menguruskan permohonannya untuk melanjutkan pelajaran di universiti berkenaan.
Melalui sumber, Umar selaku pemenang pingat emas Sukan Sea Kemboja dalam acara 400m itu hanya akan terbang ke AS pada bulan Ogos ini.
"Saya baru dapat tahu daripada jurulatih Azeem (Fahmi) Ken Harnden bahawa saya terpaksa datang ke AS bulan Ogos depan sebab untuk bulan Januari ini tak sempat kerana NCAA lambat menghantar permohonan saya.
Iklan
Walaubagaimanapun Umar menerima keputusan itu dengan hati terbuka kerana menganggap mungkin ada sesuatu yang terbaik buatnya pada masa akan datang.
"Pada mulanya memang ada rasa sedikit kecewa sebab saya sasarkan nak pergi Januari ini tapi tak ada rezeki. Mungkin ada hikmah saya pergi bulan Ogos.
"Kalau boleh Ogos saya boleh pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan dapat membuktikan kepada Auburn saya memang layak ke sana," katanya yang akan mengambil jurusan reka bentuk industri di Universiti Auburn, universiti yang sama dengan pelari pecut negara Azeem Fahmi.
Namun kata Umar tiada apa yang perlu dibimbangkan berikutan namanya memang sudah berada dalam senarai pelajar di universiti berkenaan.
Semoga yang baik-baik sahaja buat Umar nanti.
Must-Watch Video