Skip to main content

Bola Sepak

Bekas pemain bola sepak tempatan berdepan hukuman mati, didakwa edar 72kg kanabis

Nazri
Advertisement

Seorang bekas pemain bola sepak tempatan didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis atau ganja seberat 72 kilogram (kg) pada September lalu.

Tertuduh, Muhammad Faiz Nazri, 26, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Eliana Ismail pada Selasa.

Advertisement

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya jenis kanabis seberat 72kg di tepi jalan selepas Plaza Tol Alor Setar Selatan, di sini, kira-kira jam 6.30 petang pada 24 September lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Advertisement

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup. Jika hukuman mati tidak dikenakan, tertuduh hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sharmila Md Asri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, yang pernah beraksi bersama pasukan Piala Presiden sebuah negeri, kerana kes tersebut berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh dan menetapkan 2 Februari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh yang berasal dari Perlis kemudian diperintahkan menjalani tahanan di Penjara Alor Setar sehingga tarikh sebutan tersebut.

Kredit -- Sinar Harian 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video