Skip to main content

Sukan SEA

UKRC: Persediaan pasukan enam bulan lebih awal

ukrc_1.jpg
Kejohanan bola sepak antarabangsa sembilan sepasukan (UKRC) bakal membuka tirai Sabtu ini tatkala saingan 2019 menyaksikan kehadiran empat pasukan baru.

Saingan yang memasuki edisi ke-17 itu melibatkan 16 pasukan dari seluruh dunia dan ia bakal diadakan di Kompleks Sukan Setiawangsa selepas padang rasmi UKRC tidak boleh digunakan atas faktor permukaan yang tidak sesuai.

Dalam edisi kali ini, terdapat empat penyertaan baru melibatkan PJSD Brunei, Coon Chin Melaka, IRC Negeri Sembilan dan ANF-Diabol Kuala Lumpur. 

"Bagi tahun ini, perbezaan semangat dalam kalangan pasukan bertanding telah dilihat enam bulan lebih awal, terutama pasukan dari luar negara," kata Presiden UKRC, Andrew Gopak.

Sementara itu, bekas pemain negara, Khalid Ali, berharap penganjuran kejohanan itu mampu menjadi medan pembelajaran bagi golongan muda membangunkan bola sepak di Malaysia. 

"Memang kami lihat pemain datang daripada pasukan yang bagus dan saya harap kejohanan ini akan diteruskan pada masa akan datang," katanya.

Advertisement

Must Watch Video