United Kingdom (UK) tidak bercadang untuk menjadi tuan rumah bidan terjun selepas Gold Coast Australia menarik balik tawarannya sebagai tuan Sukan Komanwel 2026.

Pada 2022, Kerajaan UK mengumumkan Birmingham sebagai penganjur baru selepas Durban menarik diri, lima tahun sebelum itu.

Persekutuan Sukan Komanwel dan Persatuan Sukan Komanwel menjelaskan penganjur baru sedang giat dikenal pasti.

Datuk Bandar Gold Coast, , Tom Tate, mendedahkan visi sukan mereka tidak sejajar dengan visi kerajaan negeri atau persekutuan.

Langkah itu dibuat selepas pada Julai lalu Negeri Victoria bertindak membatalkan hasrat untuk mnejadi tuan rumah memandangkan kos penganjuran acara itu dianggarkan mencecah kira-kira AU$5 bilion (RM3b).

Justeru, Victoria perlu membayar pampasan £190 juta (RM1.1b).