Skip to main content

Sukan Lain

UITM Foxes muncul juara Kejohanan Softball UM Fast Pitch 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sofball.jpg
Hari terakhir Kejohanan Softball UM Fast Pitch 2025 menyaksikan pertembungan sengit antara pasukan Voxifer dan UiTM Foxes dalam aksi final bagi merebut kejuaraan edisi kali ini.

UiTM Foxes yang dibarisi pemain muda berbakat, mempamerkan aksi bertenaga sejak awal permainan berlangsung dengan pukulan dan larian agresif, sekali gus memberikan tekanan kepada pasukan Voxifer. 

Rentak dominan mereka menyukarkan lawan untuk mengawal permainan, dengan setiap inning menyaksikan UiTM Foxes terus mengutip mata demi mata.

Selepas tujuh inning yang sengit, UiTM Foxes menoktahkan kemenangan 2-0, sekali gus dinobatkan sebagai juara Kejohanan Softball UM Fast Pitch 2025.

"Alhamdulillah, kemenangan ini sangat bermakna buat pasukan kami. Sebahagian besar pemain UiTM adalah bakat muda yang beraksi cemerlang dengan pelbagai strategi, terutamanya dalam pukulan.

"Ini memberi tekanan kepada pihak lawan hingga menyebabkan mereka melakukan kesilapan, dan rezeki berpihak kepada kami," kata wakil pasukan UiTM Foxes. Fokus kami kini terarah kepada saingan (IPT) yang bakal berlangsung selepas Sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

"Persiapan rapi akan dilakukan bagi memastikan pasukan berada pada prestasi terbaik untuk kejohanan seterusnya." katanya.

Sementara itu, dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, Teachers UPSI membuktikan keunggulan mereka apabila berjaya mencatat kemenangan 2-1, untuk menamatkan kejohanan di tempat ketiga.

Advertisement

Must Watch Video