Charles Oliveira menafikan Justin Gaethje daripada meraih gelaran juara UFC kategori lightweight, selepas meraih kemenangan dalam pusingan pertama UFC 274 sebentar tadi.
Oliveira telah dilucutkan daripada gelaran lightweight selepas gagal mencapai berat 70kg, bermakan hanya Gaethje boleh menjuarai gelaran dalam pertembungan ini.
Selepas permulaan yang cukup sengit, petinju MMA berusia 32 tahun itu melengkapkan kemenangan ke-11 berturut-turut, mengesahkan statusnya sebagai petinju paling dominan di kategori itu.
Melanjutkan rekod UFC dengan kemenangan menerusi submission paling banyak (16), atlet kelahiran Brazil itu berkata, "Terdapat sesuatu yang hilang di sini. Sang juara memiliki nama dan namanya adalah Charles Oliveira," katanya.
"Ini adalah mesej untuk seluruh kategori ini. Saya adalah yang terbaik, anda lihat sendiri pasukan saya.
"Dana White, saya tidak kisah siapa lawan seterusnya. Saya akan sentiasa bertarung."
Dalam acara utama bersama, Carla Esparza meraih kemenangan ke atas Rose Namajunas dalam keputusan berpecah kontroversi 47-48 49-46 48-47, untuk menuntut kejuaraan strawweight wanita UFC.
Dalam pertarungan yang sangat membosankan, Namajunas menyerahkan gelarannya kepada Esparza yang muncul sebagai juara.
Sementara itu, Michael Chandler berjaya menumbangkan Tony Ferguson di pusingan kedua.
Selepas pusingan pertama yang menarik, Chandler menamatkan pertarungan awal dengan tendangan tepat ke arah dagu Ferguson.

The most dangerous finisher in the UFC strikes again ?
— UFC (@ufc) May 8, 2022
[ @CharlesDoBronxs | #UFC274 ] pic.twitter.com/E0EgLi71A2