Kamaru Usman menumbangkan Jorge Masvidal untuk mempertahankan gelaran welterweight dalam UFC 261.
Usman (19-1-0) menjatuhkan Masvidal (35-15-0) dengan tumbukan di muka pada minit pertama, dua saat dalam pusingan kedua.
Kemenangan menyaksikan Usman menang 14 perlawanan berturut-turut, ketinggalan hanya kepada 16 kemenangan Anderson Silva dari 2006 hingga 2012 dalam sejarah UFC.
"Saya mengetahui asas saya dan saya adalah salah seorang petinju MMA terbaik dunia ketika ini," katanya.
Tumbukan Usman meriuhkan 15,269 penonton yang hadir di Jacksonville, Florida, dalam saingan UFC pertama dengan kapasiti penuh penonton selepas pandemik Covid-19 tular pada Mac 2020.
Dalam acara lain, Rose Namajunas (11-4-0) mengalahkan Zhang Weili (21-2-0) dengan tendangan di kepala pada 1:18 pusingan pertama untuk merebut kembali gelaran kelas strawweight -- kali pertama wanita untuk melakukannya di mana-mana kelas berat dalam sejarah UFC.
Andrade (21-9-0) juga turut beraksi, namun tewas TKO kepada Valentina Shevchenko (21-3-0) dalam pusingan kedua.
Terdahulu, kaki kanan bawah petinju MMA veteran Chris Weidman, patah selepas tendangannya pada 17 saat pusingan pertama terkena kaki Uriah Hall (17-9), mengakhiri perlawanan dengan TKO. Weidman, 36, terpaksa diusung keluar gelanggang.

UNDISPUTED. #UFC261 pic.twitter.com/SKKDvO2QMN
— UFC (@ufc) April 25, 2021
Tumbukan Usman meriuhkan 15,269 penonton yang hadir di Jacksonville, Florida, dalam saingan UFC pertama dengan kapasiti penuh penonton selepas pandemik Covid-19 tular pada Mac 2020.
Dalam acara lain, Rose Namajunas (11-4-0) mengalahkan Zhang Weili (21-2-0) dengan tendangan di kepala pada 1:18 pusingan pertama untuk merebut kembali gelaran kelas strawweight -- kali pertama wanita untuk melakukannya di mana-mana kelas berat dalam sejarah UFC.
#UFC261 Milestone:@RoseNamajunas 1st woman in UFC history to recapture a championship. Rousey, Holm & Jedrzejczyk had tried & failed to recapture a title they had previously lost.
— UFC News (@UFCNews) April 25, 2021
This is also Namajunas' 5th finish as a UFC strawweight, the most in the history of the division.