Skip to main content

Sukan Lain

UFC 252: Miocic pertahan kejuaraan

stipemiocic.jpg
Stipe Miocic mempertahankan kejuaraan UFC kategori heavyweight dan memastikan persaraan Daniel Cormier berakhir dengan kekalahan, sebentar tadi.

Dalam pertembungan ketiga antara kedua-dua petinju MMA itu, Miocic mengatasi Cormier di Las Vegas untuk memenangi gelaran heavyweight yang keenam.

Juri memberikan markah 49-46, 49-46 dan 48-47 memihak Miocic, kemenangan kedua daripada tiga pertembungan dengan Cormier.

Cormier mengesahkan menuju persaraan selepas perlawanan ini, dan bekas juara itu mepamerkan persembahan yang cemerlang.

Tetapi Miocic berjaya melakukan serangan yang lebih banyak, termasuk serangan terbaik dalam pusingan kedua.
 
   

Advertisement

Must Watch Video