Bekas Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar, menyokong cadangan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dalam mengutamakan penglibatan atlet pelapis negara ke Sukan SEA Hanoi, Vietnam tahun depan.
Sebelum ini, Syed Saddiq menyatakan prestasi pemenang pingat emas dalam Sukan Malaysia (Sukma) dan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) akan menjadi kayu pengukur untuk mereka diberi peluang beraksi dalam Sukan SEA.
Tunku Imran menyambut baik cadangan itu kerana berpendapat ia memberi lebih ruang kepada atlet senior untuk membuat persiapan ke temasya lebih besar seperti Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Saya rasa sentiasa bagus untuk memiliki atlet muda dalam Sukan SEA. Mereka sentiasa cemerlang kerana berusaha lebih keras. Sudah tentu ia insentif yang bagus buat mereka.
"Seperti saya katakan sebelum ini, Sukan SEA adalah langkah pertama untuk cabaran sebenar di pentas antarabangsa," katanya yang juga merupakan pengerusi Sportexcel.
Tunku Imran ditemui semalam ketika majlis pemberian inisiatif oleh Sportexcel dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Milo kepada 41 atlet pelapis yang mempamerkan aksi cemerlang tahun lalu.
"Satu usaha yang baik dalam melalui saingan tahun ini bersama persatuan sukan kebangsaan, MSN dan Milo. Begitu juga dengan Kementerian Pendidikan. Itu adalah tujuan sebenar majlis hari ini."
Editor: Nafis Abdullah