Jamie Wilson bekerja sebagai tukan cuci pub pada waktu siang dan seorang atlet profesional sukan pool pada waktu malam.
Apabila tidak bekerja di Wetherspoons, atlet berusia 38 tahun itu berlatih memperkemaskan kemahirannya di pusat pool berhampiran dengan kediamannya.
Awal tahun ini, dia telah terpilih untuk mewakili Scotland dalam kejuaraan sukan Pool peringkat Eropah di Malta.
Membincangkan mengenai pencapaiannya menerusi The Sun, Wilson berkata, "Saya baru sahaja meluangkan masa dan usaha sejak beberapa tahun yang lalu.
"Untuk memperkembangkan permainan saya, walaupun sejak tahun lalu, saya jauh daripada apa yang telah dicapai hari ini.
"Saya sangat berbangga dengan diri saya namun perjalanan masih jauh untuk saya melangkah lebih jauh.
"Mewakili Scotland memperbaiki semangat dan keyakinan untuk saya berusaha dengan lebih gigih."
Wilson -- berkeja di Wetherspoons yang dipanggil The James Watt di Greenock, Scotland -- diberikan masa untuk bercuti bagi dia menjalani latihan dan bertanding.
Pengurus Pub, Tayrn Coyle, berkata, “Kami semua sangat berbangga dengan Jamie bermain untuk Scotland.
"Dia benar-benar menyukai permainan ini dan telah bekerja keras untuk ini."