Skip to main content

Sukan Lain

TSM Golf Challenge kembali lagi!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tsm.jpg
Selepas kali terakhir dilangsungkan pada 2023, TSM Golf Challenge kembali lagi tahun ini yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) bermula 17 Jun ini.

Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, menyifatkan itu peluang terbaik bakat muda mengejar hadiah biasiswa akademik bernilai RM133,000 untuk 10 pemain terbaik dalam kategori lelaki dan wanita.

Ia juga peluang buat atlet muda wanita bersaing apabila bekas juara wanita edisi 2023, Mirabel Ting, yang juga berada di kedudukan kedua dalam ranking golf amatur dunia bakal beraksi dalam kejohanan itu.

Sementara itu, bekas juara lelaki edisi lalu, Marcus Lim, teruja untuk melihat bakat baharu berentap dalam edisi kali ini.

Dia yang tidak dapat bertanding selepas menjadi pemain profesional tahun lalu berharap dapat menonton aksi memukau sekaligus melihat juara baharu dalam kategorinya itu.

Advertisement

Must Watch Video