Selepas mempamerkan persembahan cukup cemerlang tahun ini, Team Sapura Cycling (TSC) bertekad ingin terus melakukan yang lebih baik menjelang perlumbaan musim 2018.
Meskipun baru ditubuhkan tahun ini, TSC berjaya meraih beberapa kemenangan peringkat perlumbaan, antaranya dalam Jelajah Moluccas di Indonesia di samping muncul pasukan terbaik dalam Jelajah Malaysia.
Lantaran itu, mereka terus memperkuatkan pasukan dengan mengambil khidmat dua pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Adiq Hussainie Othman dan Nur Aiman Zariff.
Selain itu, mereka juga menambah tiga tonggak import, Dylan Page dari Switzerland, pelumba kelahiran Australia, Jesse Ewart, serta pelumba Jerman, Mario Vogt.
"Dua pelumba tempatan diambil untuk memperkuatkan skuad negara menghadapi saingan Le Tour de Langkawi (LTdL), buat penunggang import adalah untuk saingan di pentas Asia," kata pengurus TSC, Sayuti Zahid.
Sementara itu, salah seorang pelumba tempatan TSC, Muhammad Zawawi Azman, turut melaungkan keyakinan dengan kemampuan pasukan itu untuk terus memberi cabaran pada musim 2018.
"Saya melihat pasukan kami menjadi lebih kuat dan berharap dapat menghasilkan lebih banyak kejayaan," kata Zawawi.