Trio recurve wanita negara memberi amaran untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas meraih pingat emas Piala Asia di Taiwan setelah menewaskan Australia 6-2 di pentas akhir sementara pasukan recurve lelaki menamatkan cabaran dengan dua perak.
Nur Aliya Ghapar, Loke Shin Hui dan Nur Afisa Abdul Halil mencipta sejarah apabila meraih emas sulung dalam saingan Piala Asia.
Trio negara yang turun selaku bukan pilihan itu beraksi baik dalam final untuk menumbangkan wakil Australia yang lebih berpengalaman tatkala mereka beraksi dalam keadaan berangin.
Ia petanda baik menjelang kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Bangkok, Thailand, Disember depan.
Kejayaan trio wanita negara itu juga bermakna skuad memanah negara meraih lima emas selepas skuad compound terlebih dahulu mencipta kemenangan.
"Kami mahu cuba layak ke Olimpik. Daripada saingan di sini, saya dapat menambah pengalaman," kata Aliya.
"Atlet negara yang bertanding di Taiwan telah mempamerkan aksi yang terbaik. Kami masih ada dua lagi kejohanan sebelum Sukan SEA bermula.
"Namun, kemenangan ini memberi petanda kami mungkin boleh mencapai sasaran lima emas di Filipina nanti," ujar Setiausaha Kehormat Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), Datuk Abdul Hamid Hassan.