Kekejangan otot tidak menghalang Ryan Tan untuk menamatkan saingan triatlon individu lelaki Sukan Asia Jakarta-Palembang tetapi hasratnya untuk berada dalam kelompok 20 terbaik tidak kesampaian.
Ryan menamatkan saingan di kedudukan ke-21 apabila dibezakan 1 minit 11 saat dengan Chao Man Kit dari Macau yang mengakhiri perlumbaan di atasnya, hari ini.
Dia memulakan saingan renangan dengan baik menerusi catatan 21:35s tetapi kehilangan masa berharga dalam berbasikal.
Kekejangan otot mula mengganggunya sewaktu larian 10 kilometer, sekali gus menggagalkan misi peribadinya di Palembang.
Secara keseluruhan, dia dibezakan 14:37s dengan pemenang pingat emas dari Jepun, Jumpei Furuya.
"Sudah tentu saya kepenatan selepas mengerah segala kudrat.
"Secara keseluruhan, prestasi saya bagus.
"Mungkin ada beberapa kesilapan, terutama semasa berbasikal. Saya mungkin tersalah agak dalam satu selekoh yang menyebabkan saya sedikit terbabas.
"Ia sebahagian daripada perlumbaan.
"Saya mengalami kekejangan otot semasa berlari tetapi cuba menahannya sambil mengejar kedudukan masa.
"Walaupun penampilan saya baik, saya menyasarkan catatan lingkungan 20 minit, ia dipisahkan beberapa minit sahaja.
"Mengenai kedudukan penamat, ia agak tersasar kerana saya harap boleh menempatkan diri dalam kelompok 20 terbaik," katanya.